India runtuhkan dua apartmen kerana tidak ikut peraturan pembinaan

Iklan
Dua bangunan apartmen setinggi 103 meter diruntuhkan di pinggir New Delhi pada Ahad. - Foto PTI

NEW DELHI - Beribu-ribu orang dipindahkan dari kediaman mereka pada Sabtu lalu sebelum dua bangunan pencakar langit di pinggir New Delhi diletupkan pada Ahad.

Kedua- dua bangunan apartmen setinggi 103 meter yang mempunyai 40 tingkat itu diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan.

Iklan
Iklan

Proses runtuhan itu mengambil masa antara 12 hingga 15 saat.

Menurut pihak berkuasa tempatan, letupan itu adalah yang terbesar pernah dilakukan melibatkan bangunan apartmen di negara ini.

Iklan

Pada tahun lalu, Mahkamah Agung India memutuskan bahawa pembina dua bangunan itu telah melanggar beberapa siri peraturan pembinaan kritikal sekali gus mengarahkan ia diruntuhkan.

Lebih daripada 3,000 kilogram (kg) bahan letupan digunakan untuk merobohkan bangunan, yang dikenali sebagai Apex dan Ceyane itu. - Agensi

Iklan