DUA gol pada lewat permainan yang dihasilkan ketua pasukan, Karim Benzema memastikan kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Espanyol awal pagi Isnin.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium RCDE, Real terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi pemain sayapnya, Vinicius Junior sebelum kelebihan itu dipadamkan Espanyol menerusi gol Joselu pada penghujung babak pertama.