Makmal dadah dalam hutan diserbu, lima lelaki ditahan

Iklan
Mohd Yusri (tengah) menunjukkan bahan kimia yang dirampas di sebuah makmal memproses dadah di Tapah pada Jumaat lalu.

IPOH - Polis berjaya membongkarkan makmal memproses dadah disyaki methamphetamine dalam serbuan sebuah bangsal di hutan berhampiran Chenderiang, Tapah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan jam 9.45 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Iklan
Iklan

"Lima lelaki termasuk dua beradik berusia berusia antara 29 hingga 33 tahun berjaya ditahan.

"Hasil serbuan, polis merampas sejumlah dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 110.453 kilogram (kg) bernilai lebih RM6.62 juta," kata beliau pada sidang akhbar di IPK Perak di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas kelima-lima suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

"Semakan rekod mendapati empat suspek yang juga penganggur itu memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah termasuk pecah rumah secara berkumpulan," katanya

Iklan

Mohd Yusri berkata, kumpulan terbabit dikesan aktif memproses dan mengedar dadah sejak Jun lalu untuk pasaran luar Perak.

Katanya, kelima-lima suspek direman selama seminggu mulai Sabtu hingga 2 September depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati," katanya.