Perancis kesan selesema burung di ladang itik

Iklan
Selesema burung yang sangat patogenik, Avian Influenza (H5N1) dikesan di sebuah ladang itik di bahagian timur Perancis, Ain. Foto 123RF

PARIS - Selesema burung yang sangat patogenik, Avian Influenza (H5N1), telah dikesan di sebuah ladang itik di bahagian timur Perancis, Ain, menyebabkan sejumlah 10,600 ekor itik terpaksa dimusnahkan, lapor Xinhua memetik laporan akhbar harian Perancis, Le Figaro pada Ahad.

Perkhidmatan Negeri (direktorat jabatan untuk perlindungan penduduk) Ain menjelaskan wabak selesema burung disebabkan oleh virus H5N1 itu dikesan di ladang itik yang terletak di Saint-Nizier-le-Desert, lapor Le Figaro, memetik jabatan wilayah Ain.

Iklan
Iklan

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan selepas mendapati terdapat kematian itik dalam bilangan luar biasa di sebuah ladang, lapor Le Figaro, sambil menambah bahawa kelompok pertama selesema burung sangat patogenik itu ditemui pada Sabtu di ladang berkenaan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kluster itu telah 'dimusnah dan dinyahjangkit', dan menetapkan zon perlindungan sepanjang tiga km di sekitar lokasi wabak, manakala zon pengawasan dan kawalan diletakkan di sepanjang 10 km dari kawasan itu.

Iklan

Sejak November lalu, Perancis melaporkan lebih 1,300 kelompok virus sangat patogenik dan mengarahkan pemusnahan 20 juta burung.

Dalam tempoh dari musim luruh 2020 hingga musim bunga 2021, 500 kelompok selesema burung sangat patogenik telah dikesan dan 3.5 juta burung dimusnahkan di negara itu. - Bernama

Iklan