Remaja rentung dalam tandas, polis tahan dua rakan

Iklan
Tangkap layar Sinar Ahad berkaitan seorang remaja berusia 16 tahun ditemui rentung di dalam sebuah tandas awam di Puncak Alam, Sungai Buloh.

SHAH ALAM - Dua remaja berusia 15 dan 16 tahun ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran di sebuah tandas awam yang menyebabkan seorang rakan mereka maut di Bandar Puncak Alam, Sungai Buloh pada Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"Kita sudah tahan mereka dan jalankan ujian air kencing dan didapati negatif.

"Punca kematian kita masih tunggu keputusan makmal patologi dan mereka akan tentukan (punca kematian) jadi kita tak boleh bagi komen lagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Isnin.

Iklan

Arjunaidi berkata, pihaknya dalam proses untuk mendapatkan kebenaran reman daripada mahkamah untuk kedua-dua suspek terbabit.

Sinar Ahad melaporkan, seorang remaja berusia 16 tahun ditemui rentung di dalam sebuah tandas awam berhampiran sebuah padang.

Iklan

Ketika kejadian mangsa dikatakan tidur di atas sebuah sofa di hadapan pintu tandas tersebut sebelum kedua-dua suspek menyalakan api di bawah sofa terbabit untuk bergurau.

Setelah asap tebal dan api semakin marak suspek melarikan diri ke luar manakala mangsa yang tersedar dari tidur masuk ke dalam tandas sebelum terperangkap.

Kedua-dua suspek cuba memadamkan kebakaran namun gagal berikutan api yang marak.