Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur tawar hidangan istimewa sempena Ramadan

Iklan
Antara hidangan masakan Melayu yang mengimbau kelazatan air tangan ibu, ditawarkan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur sempena Ramadan ini.
MENGAMBIL semangat Ramadan tahun ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur (BTHKL) menawarkan hidangan masakan Melayu yang mengimbau kelazatan air tangan ibu saat makan di rumah.

Selain itu, pengunjung turut dihiburkan persembahan ghazal saat menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan di BTHKL.

Pelbagai rangkaian kerabu, paru-paru berlada, pedal hati ayam masak cili, tempe, acar buah, acar rampai akan dihidangkan selain hidangan bufet antarabangsa seperti doodle green curry, dawood basha, Indian chicken masala, sayuran jelfrezi, salmon fillet, salsa timun dengan red capsicum sauce, sous vide beef steak dengan ragout cendawan, stir fried mussel dalam mentega dan lada hitam, udang goreng dengan pasta dan banyak lagi.

Memberikan pengalaman lebih menarik, terdapat pelbagai pilihan gerai bazar yang akan menambat selera pengunjung.

Bazar ini menawarkan kari kepala ikan citarasa bonda, pisang goreng keju makmur, sous vide burger Nusantara dan banyak lagi.

Bazar ini akan bermula 8 Mei hingga 2 Jun bermula pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam di tingkat 14, BTHKL.

Untuk tempahan atau info lanjut, hubungi Big Apple Restaurant di 03-2117 8000 (ext 8133) atau layari www.berjayahotel.com.