JSM main peranan tetapkan kualiti

Iklan
Ahmad Fauzi (kanan) menandatangani plakad sempena pelancaran sistem MySOL dengan disaksikan oleh Shaharul Sadri.

SHAH ALAM - Jabatan Standard Malaysia (JSM) memainkan peranan penting dalam menetapkan standard kualiti produk, perkhidmatan dan proses pengeluaran produk.

Pengerusi Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia (MSDAM), Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan berkata, perkhidmatan standardisasi dan akreditasi kebangsaan perlu teratur, progresif serta responsif kepada keadaan semasa.

Iklan
Iklan

"Cabaran masa hadapan merupakan faktor kritikal dalam menentukan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara serta kualiti hidup rakyat.

"Untuk itu, bagi sebuah organisasi yang berperanan penting dalam menetapkan standard kualiti produk, perkhidmatan dan proses pengeluaran, semestinya JSM dilihat oleh pemegang taruh sebagai contoh atau model selaras dengan prinsip kepimpinan melalui teladan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ahmad Fauzi menekankan perkara tersebut dalam perjumpaan pertamanya bersama warga JSM di Majlis Amanat Pengerusi MSDAM pada Ahad selepas pelantikan beliau sebagai Pengerusi MSDAM bagi tahun 2021 hingga 2023.

"JSM terus komited untuk memajukan bidang standardisasi dan akreditasi dengan menjalankan kajian National Quality Infrastructure bagi mengenal pasti kekuatan serta apa-apa jurang, kekurangan dan syor penambahbaikan dalam infrastruktur kualiti sedia ada bagi memastikan Malaysia bergerak maju ke hadapan.

Iklan

Tambahnya, antara pengisian program pada majlis itu adalah pelancaran sistem MySOL, iaitu sistem carian dan pembelian dokumen secara atas talian.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyerahan dokumen Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) daripada Ketua Pengarah JSM, Shaharul Sadri Alwi kepada Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Izani Wan Ishak.

"Majlis juga diadakan dalam suasana patriotik dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini,” jelasnya.