Kepantasan jentera Verstappen sukar digugat

Iklan
Verstappen mengungguli GP Belgium semalam sekali gus kekal sebagai pendahulu kedudukan pemandu F1 musim ini. Foto Agensi.

JUARA dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen berada dalam kelas tersendiri apabila mengungguli Grand Prix Belgium menerusi kemenangan bergaya dengan kepantasan jentera yang sukar digugat.

Lebih manis ia merupakan gelaran hatrik buat pemandu berusia 24 tahun itu di samping kejayaan sempurna 1-2 bersama rakan sepasukan Red Bull, Sergio Perez.

Iklan
Iklan

Pelumba dari Belanda itu menamatkan sesi latihan pada Jumaat lalu dua saat di hadapan pencabar lain, paling pantas ketika sesi kelayakan kelmarin dan semalam dia muncul juara walaupun bermula di petak ke-14.

"Ia minggu yang saya tidak dapat bayangkan sebelum ini," kata Verstappen yang kini 93 mata di depan Perez dalam kedudukan pemandu.

Iklan

Antara mereka yang terkejut dengan persembahan hebat Verstappen ialah rakan sepasukannya.

"Max seperti terbang - dia dari planet lain. Dia tidak boleh dicabar," ujar Perez.

Iklan

Verstappen sebelum ini menakluk GP Perancis dan GP Hungary sekali gus mengungguli kedudukan pemandu menerusi 284 mata meninggalkan Perez di tangga kedua dengan 191 mata.

Pemandu itu menang sembilan daripada 14 perlumbaan musim ini dan ia kemenangan ke-29 dalam kariernya.