‘Durian Mustaqim'

Iklan
Insan istimewa Muhammad Hafizuan Muhammad Adam, 28, atau lebih dikenali sebagai Awang.

Muhammad Hafizuan kini menjadi terkenal dengan video-video berkaitan isu-isu semasa dan kehidupan masyarakat seperti bola sepak serta kehidupan berumah tangga.

Antara karyanya yang mendapat sambutan luar biasa adalah beberapa siri video berjudul ‘Durian Mustaqim’ yang dihasilkan pada Julai tahun lepas untuk memaparkan realiti semasa mengenai durian termasuk harga yang tinggi, menjadi fenomena pada waktu tersebut di platform media sosial seperti YouTube, Facebook, Tik Tok dan Instagram.