Citarasa masakan Malaysia dari 13 negeri

Iklan
Kambing bakar dan ayam tempayan sajian dari Terengganu antara hidangan menarik ditawarkan The Love House of Celebration, Kuala Lumpur.
THE Love House of Celebration yang terletak di Kuala Lumpur akan menyajikan hidangan terkenal dari 13 negeri di Malaysia sempena Ramadan ini, dikenali bufet Cinta Rasa 13 Negeri di The Love for Malaysia @ Matic bermula 8 Mei hingga 2 Jun nanti.

Cef Eksekutif Ku Jamaluddin berkata, antara hidangan istimewa ialah kambing bakar dan ayam tempayan sajian dari Terengganu yang popular dihidangkan dengan kuah sampingan khas.

Katanya, hidangan ditampilkan miliki citarasa masakan Malaysia dari 13 negeri antaranya ayam masak daun kaduk (Selangor), rendang tok (Perak), ikan tenggiri asam pedas (Melaka), daging salai masak cili api (Negeri Sembilan), kambing kuzi (Kelantan) dan siakap bakar sambal air asam petai (Pahang).