Pandan Buskers Merdeka fokus golongan muda

Iklan
Tangkap layar Facebook Izham berkongsi hantaran PKM DUN Pandan Indah

SHAH ALAM - Pertandingan Pandan Buskers Merdeka anjuran Pusat khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah memberi lebih fokus kepada golongan muda sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 tahun ini.

PKM DUN Pandan Indah dalam kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan, pertandingan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan itu bakal diadakan di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana pada 31 Ogos ini bermula jam 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Berita baik untuk para pemuzik jalanan semua! Penggerak Belia Selangor (Pebs) Pandan Indah dengan kerjasama PKM DUN Pandan Indah akan menganjurkan Pertandingan Pandan Buskers sempena bulan kemerdekaan.

"Penyertaan adalah percuma. Hanya 10 peserta solo atau berkumpulan terawal nyanyian dua lagu dan keutamaan diberi kepada warga Pandan,” maklum PKM Pandan Indah di laman sosial itu, pada Isnin.

Iklan

Tambah kenyataan itu, pemenang pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 (juara); RM800 (naib juara); RM600 (tempat ketiga) dan RM400 (saguhati).

Dalam pada itu, ADUN Pandan Indah, Ir Izham Hashim turut berkongsi hantaran PKM DUN Pandan Indah itu dan mengajak orang ramai hadir bagi memeriahkan program dianjurkan pada Rabu ini.

Iklan