Kejayaan JDT III bukan datang segera

Iklan
JDT III dinobatkan sebagai juara Piala Presiden 2022 selepas menewaskan SPC malam Ahad.

KETUA Jurulatih, Johor Darul Ta’zim (JDT) III, Javier Jorda Ribera mengakui kejayaan pasukannya menjulang piala Presiden 2022 bukanlah datang dalam tempoh singkat.

Sebaliknya, pengendali kelahiran Sepanyol itu mendedahkan kejayaan yang diraih pasukannya itu hasil kerja keras yang dilakukan oleh semua pihak di JDT sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Justeru beliau berharap, kejayaan tersebut tidak berhenti di situ sahaja sambil berazam mahu mengekalkan kejuaraan tersebut pada musim akan datang.

"Saya berasa sangat gembira dengan kejayaan ini. Sejujurnya kejayaan yang diraih ini adalah berkat usaha semua pemain yang telah memberikan segala-galanya sejak perlawanan pertama lagi.

Iklan

"Untuk memenangi kejuaraan ini bukanlah senang kerana ia adalah proses yang dilakukan sejak lima tahun lalu dan ia nyata membuahkan hasil. Kami adalah JDT dan kami bermain untuk menang.

"Kejuaraan ini adalah untuk semua yang terlibat dengan akademi JDT, pihak pengurusan, mereka yang berada di belakang tabir termasuklah dalam pasukan JDT, JDT II dan juga JDT IV,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Iklan

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Temerloh pada Ahad, JDT III dinobatkan sebagai juara Piala Presiden 2022 selepas menumbangkan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi final kedua sekali gus membolehkan skuad bimbingan Javier Jorda Riberas merakam kemenangan mutlak 4-2 secara agregat.

JDT III meledak gol pertama di penghujung babak pertama menerusi Syukur Fariz Januri sebelum Najmudin Akmal Kamal Akmal melenyapkan harapan SPFC untuk bergelar juara dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-86.

Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan piala Presiden ketiga buat JDT yang dahulunya dikenali sebagai Johor selepas berjaya menjuarainya pada tahun 1987 dan 2009.

Dalam pada itu, Ribera turut memuji aksi yang ditampilkan barisan pemainnya pada perlawanan terseblut.

Malah beliau turut mengakui perlu mengubah sedikit percaturan pada perlawanan tersebut disebabkan permukaan padang yang tidak berada dalam keadaan yang baik.

"Kita perlu bermain dengan bijak dan kita tidak boleh beraksi dengan corak permainan yang dimahukan di atas padang ini. Tetapi kita perlu hadapi cabaran itu dan tampil dengan Pelan B.

"Di final, kita perlu menang dengan Pelan A, B ataupun C,” ujarnya.