KBS sedia platform kongsi idea baharu peluang pekerjaan

Iklan
Jana Santhiran ( duduk, empat dari kanan) bergambar bersama tetamu kenamaan serta peserta Simposium Pemikir Muda Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara pada Isnin.

KUBANG PASU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa terbuka dalam menyediakan platform kepada mana-mana pihak bagi berkongsi idea baharu bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada belia di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata, usaha itu adalah salah satu inisiatif kementerian mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan kemahiran belia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua pihak termasuk belia dapat menggunakan platform yang disediakan KBS untuk berkongsi idea dan pandangan yang baharu.

"Sekarang, beberapa perkara berkaitan belia yang telah dilaksanakan di peringkat kementerian menggunapakai idea-idea daripada pihak pengurusan.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Pemikir Muda Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara di sini pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Dr Vellapandian Ponnusamy.

Iklan

Dalam pada itu, Jana Santhiran berkata, program anjuran IYRES, KBS dan Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua hari itu menyediakan platform kepada pelbagai pihak untuk membentang dan menyebarluaskan maklumat berkaitan ekonomi yang memfokuskan kepada golongan belia.

"KBS juga memainkan peranan dalam menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor pertanian melalui bantuan mendapatkan pembiayaan daripada agensi-agensi penyedia dana.

"Sebenarnya ramai belia yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian dan keusahawanan tetapi mereka tidak tahu caranya, jadi kita akan bantu dan bimbing mereka," jelas beliau.