'Negara ini bukan milik UMNO'

Iklan
Izham Hashim

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim menegaskan UMNO tidak boleh sewenang-wenangnya memecat sesiapa kerana negara ini bukan milik mereka.

Menurut Izham, UMNO kini tidak ubah seperti sebuah parti yang mengalami 'kerosakan' berterusan apabila menganggap negara ini seperti milik mereka, umpama tiada undang-undang dan peraturan.

Iklan
Iklan

"Negara ni ada undang-undang dan peraturan... Punya rosak parti korup ini berterusan," katanya menerusi satu catatan di laman Facebooknya pada Isnin.

Mengikut laporan memetik sumber sebelum ini, parti itu dikatakan memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya memecat Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Iklan

Selain itu juga gesaan agar memecat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memohon pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secepat mungkin.

Laporan itu menyebut Ismail Sabri akan dipecat jika enggan mengikut permintaan berkenaan, bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai 'palsu' dan 'fitnah'.

Iklan