'Kami kurang bernasib baik'

Iklan
SPFC terpaksa berpuas hati dengan gelaran Naib Juara Piala Presiden 2022 selepas tumpas kepada JDT III

KETUA jurulatih, skuad Piala Presiden Sri Pahang FC (SPFC), Mohd Yazeed Hamzah menyifatkan pasukan kurang bernasib baik apabila tumpas 0-2 kepada JDT III pada perlawanan akhir kedua sekali gus gagal menjuarai Piala Presiden 2022.

Meskipun kecewa dengan keputusan tersebut, beliau bagaimanapun enggan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada anak buahnya memandangkan mereka beraksi dengan cukup baik dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu saya kecewa kerana gagal menjuarai piala ini. Bagaimanapun kita harus akur dalam satu perlawanan ada yang kalah dan ada yang menang.

Di sebalik kekecewaan itu, Yazeed tetap berbangga dengan apa yang ditampilkan pasukannya sambil menyifatkan terdapat beberapa pemainnya mampu untuk menembusi pasukan senior selepas ini.

Iklan

"Saya percaya terdapat beberapa pemain dari skuad ini mampu untuk diserap ke pasukan utama. Malah kalau diikutkan sebelum ini, terdapat beberapa pemain sudah pun menyertai sesi latihan bersama pasukan senior,” kata Yazeed.

Dalam pada itu, beliau berharap pemain-pemain dapat segera melupakan kekecewaan gagal menjuarai apabila mereka bakal menggalas cabaran di temasya Sukan Malaysia (Sukma 2022) yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Iklan

"Selepas ini, skuad yang sama ini akan membawa cabaran Pahang di temasya Sukma 2022 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Jadi saya harap kita mampu untuk menebus kekecewaan ini di Sukma nanti,” jelas beliau.