SANDAKAN - Seorang penolong pegawai pendidikan daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya bagi melantik syarikat milik anak saudaranya dalam tender kantin sebuah sekolah bernilai RM50,000.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata, suspek lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah cawangan Sandakan kira-kira 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut.