Warga emas dipindahkan rumah dinaiki air

Iklan
Seorang warga emas terpaksa dipindahkan selepas rumahnya dinaiki air setinggi 30.48 cm. Foto JBPM

SEPANG - Seorang wanita warga emas terpaksa dipindahkan selepas kediamannya di Kampung Sementa Sesapan Kelubi, Semenyih, di sini, dinaiki air setinggi 30.48 sentimeter (cm) berikutan hujan berpanjangan pada petang Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.17 malam.

Iklan
Iklan

"Pasukan penyelamat bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian pada jam 7.27 malam dan mendapati rumahnya dinaiki air setinggi 30.48 cm.

"Mangsa merupakan seorang wanita berusia 68 tahun diselamatkan dan dihantar ke rumah saudaranya," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Norazam memaklumkan, beberapa jalan dinaiki air sejak jam 6.30 petang susulan hujan berpanjangan di sekitar Dengkil di sini, telah mula surut.

"Anggota dari Balai Bomba Penyelamat Dengkil menjalankan aktiviti pemantauan kawasan banjir mendapati cuaca hujan renyai di Jalan Utama Jenderam Hilir.

Iklan

"Bagaimanapun tiada risiko banjir dan paras air sungai normal serta tidak ada trend air menaik," katanya.