Pelajar tak terlibat kes curi motosikal

Iklan
Baharudin (duduk, tengah) bersama Ani (duduk, dua dari kanan) selepas perasmian Anjung Bicara Ilmu di SK Seksyen 6, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM - Tiada kes jenayah melibatkan pelajar sekolah mencuri motosikal dan pecah rumah sepanjang tahun lalu di daerah ini berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pencapaian ini adalah hasil usaha bersepadu pelbagai pihak tetapi turut melibatkan sekolah, ibu bapa dan agensi lain yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Tahun lepas polis Shah Alam tidak ada menerima laporan berkaitan pelajar sekolah terlibat dalam kes curi motosikal, kes pecah rumah dan sebagainya.

"Ini adalah satu pencapaian baik dan usaha mengekalkan prestasi ini akan diteruskan," katanya di Program Terima Kasih Polis dan Perasmian Anjung Bicara Ilmu dan Laluan Pencegahan Pendidikan Dadah (PPDa) di SK Seksyen 6 sempena Sambutan Hari Polis ke 212 di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Guru Besar SK Seksyen 6, Ain Meh dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) Kontinjen Selangor, Datin Roshafiza Abd Halim.

Baharudin berkata, polis akan terus memperkasa hubungan baik dengan sekolah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PKS).

Iklan
Murid SK Seksyen 6 berpeluang menaiki motosikal digunakan polis dalam menjalankan tugas.

"Kita akan mempelbagaikan aktiviti bersama sekolah dalam mendidik murid dan pelajar menjadi modal insan yang baik.

"Inisiatif pihak sekolah juga sangat baik apabila mewujudkan pelbagai pendekatan dalam memberi maklumat dan menangani jenayah dalam kalangan pelajar mewujudkan laluan PPDa," katanya.

Sementara itu, Ain berkata, program Terima Kasih Polis dilaksanakan berikutan sumbangan pasukan itu dalam usaha kemenjadian murid khususnya di SK Seksyen 6.

"Sepanjang bekerjasama dengan polis, banyak manfaat yang murid dan sekolah terima dan terkini adalah sumbangan Anjung Bicara Ilmu iaitu tempat khas untuk murid melakukan percakapan umum.

"Sumbangan ini akan dimanfaatkan oleh 1,070 murid di sekolah ini," katanya.

Dalam majlis sama Perkep Ibu Pejabat Polis Shah Alam turut menyumbangkan buku, kamus dan sejadah kepada sekolah untuk kegunaan murid. Turut diadakan adalah pameran kenderaan polis dan anti dadah.