Abdul Hadi hadir beri keterangan di Bukit Aman

Iklan
Abdul Hadi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Isnin bagi membantu siasatan susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, Abdul Hadi bersama peguamnya telah hadir ke Bukit Aman serta memberikan kerjasama sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung.

Iklan
Iklan

Pada Ahad, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Abdul Hadi.

Sebanyak 28 laporan polis diterima berhubung kenyataan Abdul Hadi.

Iklan
Iklan

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.