PPIM mantapkan ilmu kepimpinan

Iklan
Shamuddin (tengah) bergambar bersama peserta Kursus Pemantapan Kemahiran Asas Kempimpinan PPIM Kelantan 2022 pada Ahad.

MACHANG - Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Kelantan melaksanakan langkah proaktif menerusi penganjuran kursus kepimpinan bagi memantapkan kemahiran berkenaan dalam kalangan guru pemimpin pergerakan di negeri itu.

Naib Pengerusi PPIM Kelantan, Noraidah Moner berkata, usaha pemantapan itu dilakukan dengan penyaluran pelbagai input baharu kepada guru pemimpin pergerakan tersebut di setiap daerah di Kelantan.

Iklan
Iklan

"Pihak kepimpinan tertinggi PPIM sentiasa berusaha memberi input-input terbaharu kepada para guru pemimpin bagi membantu mereka melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah.

"Usaha itu bertujuan membolehkan unit badan beruniform berkenaan melahirkan pemimpin muslimah yang berketerampilan dan berlandaskan syarak,” katanya kepada Sinar Harian selepas Kursus Pemantapan Kemahiran Asas Kempimpinan PPIM Kelantan 2022 pada Ahad.

Iklan

Kursus diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Tok Bok, di sini dirasmikan Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Shamuddin Ab Manap.

Noraidah berkata, kursus disertai 50 peserta bersama 15 jurulatih negeri yang diketuai beliau sendiri.

Noraidah

Iklan

"Kursus sehari dilaksanakan untuk guru-guru pemimpin di setiap daerah terdiri pengerusi, setiausaha, bendahari, pengerusi penilai serta pengerusi data dan makluman.

"Jawatankuasa pentadbir PPIM negeri akan sentiasa turun padang bagi memastikan ahlinya dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang,” katanya.

Menurut beliau, semasa Covid-19 dua tahun lepas, PPIM Kelantan tidak ketinggalan mengadakan aktiviti secara dalam talian seperti Usrah Ramadhan dan Program Tadabbur Karangkraf.

Sementara itu, Shamuddin dalam ucapanya mengakui PPIM pada kedudukan ketiga unit badan beruniform yang aktif di Malaysia selepas pengakap dan kadet remaja sekolah.