Valencia ikat Cavani dua tahun

Iklan
Cavani mengikat kontrak selama dua tahun bersama Valencia. - Foto Agensi

BEKAS penyerang Manchester United, Edinson Cavani kini menjadi milik kelab La Liga, Valencia untuk tempoh dua tahun sehingga 2024.

Ketika bersama The Red Devils dari 2020 hingga musim lalu pemain berusia 35 tahun itu meledak 12 gol daripada 41 penampilan.

Iklan
Iklan

Pemain Uruguay itu juga beraksi cemerlang ketika bersama Paris Saint-Germain dari 2013 hingga 2020 apabila menghasilkan 138 gol daripada 200 penampilan untuk kelab Perancis itu.

Cavani turut meledak 58 gol dalam 133 penampilan untuk Uruguay dan menyatakan hasratnya untuk beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Iklan

"Valencia CF mencapai persetujuan untuk menandatangani Edinson Cavani bagi dua musim akan datang sehingga 13 Jun 2024," kata kelab itu.

Cavani berada di Stadium Mestalla bagi menyaksikan perlawanan di antara Valencia dan Atletico Madrid, di mana pasukan baharunya itu kalah 1-0 hasil jaringan Antoine Griezmann.

Iklan

Valencia dikendali oleh bekas pemain Itali, Gennaro Gattuso yang memenangi Piala Itali bersama Napoli pada tahun 2020.

Valencia menamatkan saingan La Liga musim lalu di kedudukan kesembilan dan tewas kepada Real Betis pada aksi final Piala Raja Sepanyol menerusi sepakan penalti.