Yayasan Petronas naik taraf PeSTeC

Iklan
Nazmin (kiri) menerangkan tentang tanaman hidroponik yang diusahakan remaja istimewa PeSTeC kepada Rozieana (tiga dari kanan) dan Zulkifli (empat dari kanan)

Nazmin (kiri) menerangkan tentang tanaman hidroponik yang diusahakan remaja istimewa PeSTeC kepada Rozieana (tiga dari kanan) dan Zulkifli (empat dari kanan)

Sumbangan dana bentuk geran bangunkan pusat operasi baharu di Arau

Yayasan Petronas menyumbang sejumlah dana dalam bentuk geran kepada Pusat Khas Remaja Perlis (PeSTeC) bagi membangunkan sebuah pusat operasi yang baharu di pekan Pauh di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Wilayah Tengah dan Utara Petronas, Zukifli Othman berkata, PeSTeC ditubuhkan pada Oktober 2019 di Perlis di bawah pengurusan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Kanak-Kanak Istimewa Perlis (PPDKAnIPs) bagi memperkasakan pendidikan dan latihan kemahiran untuk remaja istimewa di negeri ini.

Katanya, dengan bantuan geran itu, PeSTeC dapat menaik taraf pusatnya bagi menyediakan ruang yang lebih selesa untuk guru menjalankan kurikulum penuh pendidikan dan latihan vokasional Sumbangan dana bentuk geran bangunkan pusat operasi baharu di Arau yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini.

Iklan

"Geran ini telah menyokong PeSTeC dalam memperkasakan pelajarnya sehingga menyumbang kembali kepada ekonomi dan masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Exco Pendidikan Negeri Perlis, Rozieana Ahmad dan Exco Pertanian Negeri Perlis, Nurulhisham Yaakob.

Iklan

Menurutnya, dengan sokongan geran berkenaan, PeSTeC dapat menambah baik kemudahannya termasuk pengubahsuaian asas dan kelengkapan bilik darjah, dewan, ruang sakit, kebun hidroponik serta bengkel pemprosesan makanan.

"Kerja-kerja penambahbaikan telah siap sepenuhnya dan pusat ini mula telah beroperasi sejak Mei lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sokongan Ibubapa dan Remaja Istimewa Perlis (PSRIP), Nazmin Abdullah berkata, beliau bersyukur dan menyambut baik usaha Petronas yang cakna dengan golongan istimewa untuk mendapat hak sama rata dalam komuniti.

"Lokasi baharu pusat ini lebih selesa malah dekat dengan komuniti. Ia membantu kami untuk memasarkan produk cendawan dan sayuran hidroponik dengan lebih mudah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rozieana berkata, agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) lain turut diseru untuk tampil menyumbang kepada golongan istimewa berkenaan.

"Setiap agensi ada program CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka sendiri. Jadi, mereka boleh salurkan bantuan dan sumbangan untuk membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik seperti yang dilakukan Petronas ini,” tambahnya.