KUALA LUMPUR - Meskipun terpisah jauh lebih 5,000 kilometer dari tanah air, namun tidak sedikitpun pernah memadam rasa cinta wanita ini kepada negara kelahirannya.
Menetap di Jepun sejak 2015 kerana mengikuti suami atas tuntutan tugas, Nazkhalida Fatinuha Ideham, 33, sama sekali tidak membuatkan beliau dan keluarga kecilnya, lupa jati diri dan asal usul.
Malah ibu kepada sepasang cahaya mata itu menekankan penggunaan bahasa kebangsaan di rumah bagi memastikan identiti bangsa terus dipelihara.
"Alhamdulillah walaupun membesar di negara orang, anak sulung fasih berbahasa Melayu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Berkongsi lanjut, beliau berkata, walaupun tinggal di negara maju yang mempunyai teknologi canggih, ia tidak dapat menandingi keselesaan 'berada di rumah sendiri' dan keadaan itu menyebabkan lulusan Universiti Malaya itu dan suaminya memilih tanah air sendiri sebagai tempat kelahiran dua cahaya mata mereka.
"Kami lebih yakin dengan sistem kesihatan di Malaysia yang lebih mudah dan berpatutan berbanding di Jepun. Tambahan pula kami mahu anak-anak berbangga dengan identiti Malaysia walaupun duduk di luar negara," katanya.
Tidak hanya itu, Nazkhalida Fatinuha juga memberi pendedahan kepada anak-anak berkaitan budaya dan identiti negara antaranya mengadakan aktiviti mewarna Jalur Gemilang selain membiasakan dengan lagu patriotik termasuk Negaraku.
Bekas peguam itu berkata, dua cahaya matanya itu juga turut menggemari makanan tradisional antaranya laksa, soto dan kuih keria selain buah-buahan seperti rambutan dan pulasan.
Pun begitu, ibarat sirih pulang ke gagang anak kedua daripada lima beradik itu bercadang untuk pulang ke tanah air suatu hari nanti dan kembali berbakti di negara sendiri selepas menimba pengalaman di negara Matahari Terbit itu.

Shaidatul Melissa (empat dari kiri) yang berhijrah ke Sydney bergambar bersama rakan dan keluarga ketika bercuti ke Melboune, Australia. - Foto Bernama