PM pertimbang bentang Bajet 2023

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertimbangkan untuk membentangkan Bajet 2023 sekiranya undang-undang membenarkannya berbuat demikian.

Ketika ditemui pemberita pada Selasa, beliau berkata, perkara itu perlu mendapat nasihat dan pandangan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Kita perlu melihat dari segi perlembagaan dan perundangan, kalau tak boleh, tak bolehlah.

Menurut, Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pada 7 Oktober depan akan dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Iklan

"Belum tahu lagi siapa (bentang), setakat ini Menteri Kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini, pada Selasa.

Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Ismail Sabri akan membentangkan Bajet 2023 berdasarkan makluman daripada rakan-rakan kabinet.

Iklan