Tahap kebersihan Pasar Siti Khadijah kurang memuaskan

Iklan
Pekerja pembersihan membersihkan sekitar pasar pada Program Local Agenda 21, Program Gotong Royong Zon Bersih Indah Ceria Pasar Siti Khadijah pada Selasa.

KOTA BHARU - Masih ada peniaga di Pasar Siti Khadijah membiarkan sisa barangan jualan mereka berada di tepi gerai yang menjadi antara punca kebersihan di pasar itu tidak memuaskan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, sebagai pasar awam yang dinobatkan terbersih di negara ini tahun lalu, pasar itu kini dilihat kurang memuaskan dalam aspek kebersihan.

Iklan
Iklan

"Pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati masih ada gerai yang tidak menepati standard ditetapkan terutama bahagian barang basah.

Rosnazli

"Mereka sepatutnya tidak membiarkan sampah berada di tepi gerai dan bekerjasama membuangnya di lokasi yang disediakan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Local Agenda 21, Program Gotong Royong Zon Bersih Indah Ceria Pasar Siti Khadijah di sini pada Selasa.

Rosnazli berkata, Pasar Siti Khadijah menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai terutama peniaga perlu mengekalkan keceriaan pasar itu.

Iklan

Kira-kira 300 individu terdiri daripada pekerja kebersihan, badan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi melaksanakan kerja- kerja pembersihan dan mengecat Laman Siti Khadijah.

Pasar Siti Khadijah meraih gelaran ‘Pasar Awam Terbersih 2021’ di Malaysia ketika Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya.