Lotus's raikan kepelbagaian budaya Malaysia

Iklan

[DIKEMAS KINI] LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan Fiesta Nusantara bersama Lotus’s di lima cawangannya bermula dari Lotus’s Kajang, Selangor pada malam Selasa sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Unit Pusat Beli-Belah Lotus’s Malaysia, Antony Spillett berkata, fiesta itu diadakan bermula 26 Ogos hingga 4 September 2022 yang membolehkan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama merasai, menghargai budaya dan makanan tradisi negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai pilihan makanan Asia Tenggara dari 80 gerai yang tersedia dan mengambil peluang untuk membeli-belah pelbagai produk yang ditawarkan termasuk seni dan kraf, aksesori, fesyen dan penjagaan kecantikan.

"Fiesta Nusantara bersama Lotus’s ini merupakan platform yang menarik di mana terdapat pelbagai vendor dari seluruh pelusuk Malaysia berkumpul untuk mempromosikan makanan istimewa dan produk-produk tempatan yang hebat.

Iklan

"Karnival ini akan membangkitkan minat masyarakat dan memberi peluang kepada generasi muda untuk merasai kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Antony berkata, tujuan karnival ini diadakan adalah untuk membantu dan menyokong perniagaan-perniagaan tempatan melebarkan sayap mereka dengan membuka peluang untuk berniaga.

Iklan

"Fiesta Nusantara dengan Lotus's akan meneruskan jerayawaranya ke cawangan Lotus's di seluruh negara, bermula dari kawasan tengah iaitu di Kajang, Ampang, Rawang, Semenyih dan Shah Alam.

"Karnival ini adalah percuma, semua pengunjung dialu-alukan untuk menikmati, menyelami dan berbangga dengan budaya yang berwarna-warni yang telah menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan serta kaya dengan perayaan," katanya.