SHAH ALAM - Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) menghasilkan filem pendek bertajuk, ‘Pewaris Harapan Negara’ yang memaparkan semangat rakyat Malaysia untuk mencetuskan impak positif dan menzahirkan komitmennya dalam menjamin kebahagiaan untuk semua.
Presidennya, Ravindran K berkata, filem itu menunjukkan penghormatan UMW Toyota terhadap negara dan rakyat Malaysia yang penuh bersemangat dan positif.
"Ia didedikasikan kepada semua rakyat Malaysia yang suka apa yang mereka lakukan dan laksanakan telah membawa kepada kemajuan untuk semua.
"UMW Toyota berbangga kerana kami telah berkembang sejajar dengan pembangunan negara dan berkhidmat kepada rakyat menerusi penawaran produk serta perkhidmatan bagi memastikan pembaharuan dan memacu ke arah menawarkan kemudahan yang terbaik.
"Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, filem pendek ini turut menampilkan anak-anak kakitangan UMW Toyota yang mewakili generasi masa hadapan dan nyanyian lagu patriotik malar segar, Sejahtera Malaysia turut memaparkan bagaimana rakyat Malaysia melakukan perkara luar biasa untuk kebaikan komuniti.
Filem pendek menyentuh hati boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=aj-fCZAXlVg.
Sementara itu, Ravindran K berkata, bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta memenuhi kehendak rakyat Malaysia untuk fleksibiliti dalam pengalaman pemilikan kenderaan Toyota, UMW Toyota akan menawarkan penjimatan dan tawaran hebat di semua bilik pameran di seluruh negara pada 10 dan 11 September 2022.
"Bakal pemilik kenderaan Toyota boleh meluangkan masa hujung minggu dengan memandu uji model Toyota seperti Vios, Yaris, Corolla Cross, serta model yang lain dan membuat pilihan berdasarkan gaya hidup mereka serta membawa pulang pelbagai hadiah percuma.
"Pelanggan juga boleh mengalami pengalaman bagaimana Toyota menawarkan"Extra Mile” menerusi khidmat jualan dan selepas jualan yang komprehensif dalam pemilikan kenderaan,” katanya.
Nikmati promosi perkhidmatan selepas jualan dari 22 Ogos hingga 30 September 2022, termasuk tawaran istimewa pembelian tayar, diskaun 15 peratus alat ganti terpilih, dan e-baucar bernilai RM50 untuk setiap pembelian Toyota Service Savers.
Selain menyediakan pengalaman berkualiti Toyota dalam setiap aspek kepada pemilik kenderaan, bakal pembeli boleh menikmati pakej insurans kewangan terbaik, program Loyal-T, aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota, dan servis berkualiti tinggi dengan alat ganti tulen bagi memastikan keseronokan pemanduan dan perjalanan bersama Toyota.
Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota 1- 800-8-TOYOTA (869682).