HULU TERENGGANU - Limpahan air Empangan Kenyir berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan lebih 500 penduduk termasuk pelajar sekolah terpaksa ‘berpindah’.
Kesemua mangsa daripada 10 kampung dan empat sekolah berdekatan empangan dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) setelah siren kecemasan berbunyi berikutan paras air mencecah 153 meter (paras bahaya).
Bagaimanapun, semua yang terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing beberapa jam selepas itu kerana itu hanyalah latihan sempena Program Keselamatan Empangan Latih Amal Tindakbalas Kecemasan Penduduk Mukim Jenagur dan Kuala Berang, Khamis lalu.
Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Terengganu bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu turut dijayakan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Hulu Terengganu.
Menurutnya, simulasi itu diadakan setiap tahun bermula 2016, namun kali ini diadakan dalam skala lebih besar termasuk melibatkan lebih 20 agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti kelab amatur serta kelab 4x4.
"Tumpuan program kepada bencana banjir akibat limpahan air dari Empangan Kenyir. Seramai 523 mangsa terlibat daripada 10 kampung dan empat sekolah yang berisiko banjir dipindahkan dalam simulasi ini.
"Sekiranya kejadian sebenar, jumlahnya lebih ramai. Simulasi kali ini satu kampung lebih kurang 40 orang sahaja. Penduduk didedahkan cara sebenar atau tindakan perlu dilakukan jika kejadian benar-benar berlaku.
Kesemua mangsa daripada 10 kampung dan empat sekolah berdekatan empangan dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) setelah siren kecemasan berbunyi berikutan paras air mencecah 153 meter (paras bahaya).
Bagaimanapun, semua yang terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing beberapa jam selepas itu kerana itu hanyalah latihan sempena Program Keselamatan Empangan Latih Amal Tindakbalas Kecemasan Penduduk Mukim Jenagur dan Kuala Berang, Khamis lalu.
Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Terengganu bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu turut dijayakan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Hulu Terengganu.
Simulasi pertama berskala besar
Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zalizan Sulong berkata, program itu sebagai persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat limpahan air empangan atau situasi luar jangkaan.Menurutnya, simulasi itu diadakan setiap tahun bermula 2016, namun kali ini diadakan dalam skala lebih besar termasuk melibatkan lebih 20 agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti kelab amatur serta kelab 4x4.
"Tumpuan program kepada bencana banjir akibat limpahan air dari Empangan Kenyir. Seramai 523 mangsa terlibat daripada 10 kampung dan empat sekolah yang berisiko banjir dipindahkan dalam simulasi ini.
"Sekiranya kejadian sebenar, jumlahnya lebih ramai. Simulasi kali ini satu kampung lebih kurang 40 orang sahaja. Penduduk didedahkan cara sebenar atau tindakan perlu dilakukan jika kejadian benar-benar berlaku.
Anggota keselamatan melihat laporan semasa banjir bagi daerah Hulu Terengganu.