Pembantu penguat kuasa dipenjara 14 hari, denda RM10,000

Iklan
Tertuduh (tengah) dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000.

SEREMBAN - Seorang pembantu penguat kuasa dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada peniaga-peniaga vape sekitar Rembau.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Norhisham Saharuddin, 49, selepas dia membuat pengakuan bersalah pada Selasa.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai pembantu penguat kuasa Gred KP22 di Majlis Daerah Rembau telah meminta dan menerima wang berjumlah RM1,050 daripada peniaga-peniaga kedai vape sekitar Rembau.

Perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang iaitu mengeluarkan saman kepada pemilik kedai atas kesalahan berniaga tanpa lesen.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Rembau antara tahun 2020 sehingga 2022.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali.

Iklan