'Pemimpin tolonglah hayati surah Al-Sajdah'

Iklan
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub sebak ketika menyampaikan pesanannya pada program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Selasa.

PUTRAJAYA - Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berharap pemimpin dapat menghayati surah Al-Sajdah dan menjadi khalifah yang sebenar.

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Karangkraf mengalirkan air mata ketika bercakap mengenai soal pemimpin yang tidak amanah dan gemar meminta habuan selain gaji yang diterimanya setiap bulan.

Iklan
Iklan

"Bila kita terima amanah kita dibayar gaji, itu merupakan tanggungjawab dan dianggap sebagai ibadah, jadi harus benar-benar memahami surah Al-Sajdah ini supaya kalau kita mahu bawa seluruh ahli keluarga kita ke syurga perkara ini harus dijadikan panduan.

"Lagi besar jawatan, lagi besar tanggungjawab kita, jadi marilah kita ambil momen sempena kemerdekaan ini untuk membebaskan diri kita dari belenggu selama ini dan masukkanlah tanggungjawab itu sebagai tugas utama kita.

Iklan

"Jadi harapan saya kepada pemimpin tolonglah hayati baca surah Al-Sajdah ini, masukkanlah dalam kerangka diri dan bawalah keluar dari kepayahan ini dan jadilah khalifah sebenar,” katanya ketika menyampaikan pesanan pada program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Selasa.

Hussamuddin turut terharu dan amat sedih dengan apa yang berlaku terhadap negara dan umat Islam seluruh dunia.

Iklan