MAIS zahir rasa syukur

Iklan
MOHAMED KHUSRIN

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan, Putrajaya membuat keputusan membenarkan notis usulnya dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, notis penggantungan pelaksanaan penghakiman bertarikh 12 November 2018 itu memerintahkan MAIS dan KUIS membayar RM326 juta kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) berhubung kemudahan pembiayaan pembinaan bangunan kediaman asrama dan pusat pelajar KUIS yang dibuat oleh Redha Resources Sdn Bhd dan penjamin-penjamin pembiayaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan bersetuju dengan hujah peguam panel MAIS dan KUIS bahawa terdapat keadaan-keadaan khas untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan penghakiman.

"Mahkamah Rayuan juga mendengar hujahan MAIS dan KUIS bahawa mereka tidak pernah menjamin keberhutangan Redha Resources Sdn Bhd dengan BMMB.

Iklan

"Dalam membenarkan notis usul MAIS dan KUIS, mahkamah turut mengambil kira kepentingan orang awam yang akan terkesan dan risiko yang akan berlaku terhadap operasi kutipan dan agihan zakat serta lain-lain pelaksanaan amanah oleh MAIS dan KUIS," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, pihaknya berterima kasih dengan semua peguam panel yang mewakili MAIS dan KUIS dalam menyediakan hujahan yang diterima oleh Mahkamah Rayuan.

Iklan