Lelaki ditahan ugut bapa dengan parang

Iklan
Ahmad Shukri

ALOR SETAR - Seorang lelaki ditahan selepas mengugut bapa sendiri dengan parang kerana menyangka anaknya dihalau keluar dari sebuah rumah di Kampung Kubang Lintah, mukim Lepai di sini pada Isnin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 3 pagi itu, suspek berusia 48 tahun mengejutkan bapanya berusia 84 tahun sebelum bertanya di mana anaknya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek yang tidak berpuas hati lalu turun ke bawah rumah serta membawa sebilah parang dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

"Warga emas itu melarikan diri ke rumah seorang lagi anaknya yang lain dan kemudian ke balai polis membuat laporan.

Iklan

"Siasatan mendapati punca pertengkaran kerana suspek beranggapan mangsa telah menghalau anaknya keluar dari rumah, sedangkan anak suspek kini tinggal di rumah sewa bersama rakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Shukri berkata, tiada sebarang kecederaan dialami oleh mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Iklan

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat.