Azalina kongsi hantaran berita 'tidak letak jawatan'

Iklan
Azalina

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkongsi satu hantaran portal berita yang menyatakan beliau masih lagi menjadi Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Perkongsian di Facebooknya pada Selasa itu dipercayai ada kaitan dengan laporan yang menyatakan beliau sudah meletakkan jawatan itu pada Selasa.

Iklan
Iklan

Portal berkenaan memetik sumber yang dekat dengan Ahli Parlimen UMNO itu dengan menyatakan Azalina masih penasihat khas Perdana Menteri.

Beberapa media melaporkan Azalina telah meletakkan jawatan pada selasa.

Iklan

Sebelum itu juga telah tular di Twitter berhubung perkara sama.

Beliau dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Iklan

Surat pelantikan itu diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.