WALAUPUN kita berbangga dengan kepelbagaian kaum dan agama kita, unsur-unsur ini juga telah menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat kita selama beberapa dekad.
Akses yang tidak sama rata kepada peluang ekonomi dan pendidikan, layanan terhadap etnik minoriti sebagai warga kelas kedua adalah antara faktor-faktor yang berterusan menyebabkan jurang pemisah antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.