‘Rahsia Bilik Gelap’, program menarik sepanjang 10 hari

Iklan
Muhammad Khair di hadapan pintu masuk Rahsia Bilik Gelap yang mengisi slot Jualan Gudang Karangkraf 2022.

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang berlangsung sejak Jumaat lalu bukan sahaja menawarkan pelbagai bahan bacaan dan promosi diskaun harga, malah turut menyediakan aktiviti lain, antaranya ‘Rahsia Bilik Gelap’.

Eksekutif Pemasaran Digital Grup Buku Karangkraf, Muhamad Khair Mohamad Sabilan berkata, aktiviti berkonsepkan rumah hantu itu mencabar ketabahan pengunjung untuk berada di dalam sebuah bilik gelap bagi mencari tiga muka depan novel terbitan Kumpulan Karangkraf selama dua minit.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, aktiviti tersebut memberikan sedikit kelainan dan rasa seram kepada pengunjung yang hadir pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.

"Acara ini bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 6 petang sepanjang jualan gudang berlangsung,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Tambah Muhammad Khair lagi, acara lain seperti cabutan bertuah dan hadiah percuma untuk 500 pengunjung terawal bakal diadakan hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

"Pihak kami juga mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan edaran percuma Jalur Gemilang kepada orang ramai yang hadir memakai baju tradisional.

Iklan

"Orang ramai juga boleh mendapatkan 10 buah novel dengan harga hanya RM31 pada hari tersebut,” ujar Muhammad Khair.