Peserta teruja sertai Malaysia #QuranHour secara fizikal

Iklan
Peserta, Hamidi A Hasan, 60, (kiri).

PUTRAJAYA - Rata-rata peserta program Malaysia #QuranHour mengakui teruja untuk menyertai program itu secara fizikal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Pekerja swasta, Pazila Perdaus, 48, dari Ampang berkata dia sudah melakukan persiapan sehari sebelum program dan sangat teruja apabila program itu kembali diadakan di masjid dengan kehadiran peserta secara beramai-ramai.

Pekerja swasta, Pazila Perdaus, 48.

Iklan
Iklan

Ujarnya lagi, membaca al-Quran seharusnya dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

"Saya membaca al-Quran ketika masa terluang selain memanfaatkannya untuk memahami isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.

Iklan

"Program #QuranHour ini adalah sangat bagus kerana bukan sahaja mengajak orang ramai untuk membaca surah secara beramai-ramai malah membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

"Menerusi amalan membaca al-Quran setiap hari, kita akan menemui ketenangan dan segala urusan kita di dunia dipermudahkan. Sebab itu jadikan al-Quran sebagai teman, Insya-ALLAH...kita akan menemui ketenangan sebenar-benarnya," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, suri rumah, Siti Zainah Jemiran, 68, memberitahu dia setiap tahun tidak melepaskan peluang untuk menyertai program Malaysia #QuranHour tidak kira secara fizikal atau maya yang mengajak orang ramai untuk kembali mendidik diri menerusi nilai-nilai dari al-Quran.

Suri rumah, Siti Zainah Jemiran, 68,

"Saya berdoa diberikan kesihatan yang baik dan masih kuat untuk sama-sama mengimarahkan masjid di sini dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran secara beramai-ramai.

"Malah kita bukan sekadar membaca tetapi kita dapat memahami dan amalkan Surah Al-Sajdah dalam kehidupan seharian," ujarnya.

Seorang lagi peserta, Hamidi A Hasan, 60, turut mencadangkan agar program tersebut dipanjangkan sehingga ke malam bagi memperbanyakkan lagi bacaan al-Quran.

"Ditambah pula program ini meningkatkan lagi minat orang ramai untuk membaca al-Quran selain kita dapat menghayati surah Al-Sajdah yang menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak," jelasnya.

Malaysia #QuranHour kali kelapan yang berlangsung di lokasi perdananya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Selasa mengangkat surah Al-Sajdah sebagai formula tangani isu kesombongan melalui sujud, sedekah dan sabar dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini diadakan sempena Hari Kebangsaan 2022 diadakan serentak secara fizikal di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengah hari berlangsung dengan jayanya hari ini.

Sebanyak 1,826 lokasi didaftarkan untuk penganjuran Malaysia #QuranHour di dalam negara dan satu lokasi di luar negara iaitu Brunei.