Benteng pertahanan lemah punca Chelsea tewas

Iklan
Antara aksi perlawanan Chelsea menentang Southampton di Stadium St Mary.

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan kekalahan 2-1 kepada Southampton adalah disebabkan kerapuhan di bahagian pertahanan.

Justeru jurulatih kelahiran Jerman itu menggesa pasukannya tampil lebih kuat selain perlu ada mempunyai mentaliti yang berbeza pada perlawanan seterusnya.

Iklan
Iklan

"Pertahanan kami hari ini agak 'lembut' dan ia memberikan lawan peluang. Selepas ini mereka perlu tampil lebih kuat sebagai satu pasukan dan tunjukkan mentaliti berbeza.

"Ia bukanlah perkara yang baru kerana situasi sama pernah berlaku ketika menentang Leeds. Kami perlu memahaminya dan mencari penyelesaian. Kami hilang tumpuan, lari daripada perancangan dan tidak konsisten.

Iklan

"Saya tidak faham mengapa pemain kami terlalu banyak kecederaan. Gagal bangkit di babak kedua amat mengecewakan," katanya.

Pada aksi yang berlangsung di St Mary Stadium, Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Raheem Sterling yang meledak gol ketiganya dalam dua perlawanan dengan rembatan jarak dekat pada minit ke-23.

Iklan

Bagaimanapun kelebihan itu tidak kekal lama apabila Southampton menyamakan kedudukan menerusi Romeo Lavia pada minit ke-28 yang juga gol pertamanya untuk Southampton musim ini.

Adam Armstrong meletakkan Southampton di depan sejurus sebelum rehat apabila dia memanfaatkan hantaran Romain Perraud untuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Dengan hanya dua kemenangan daripada lima perlawanan pertama, The Blues kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal, yang akan beraksi menentang Aston Villa hari ini.