Antony selangkah bergelar pemain United

Iklan
Antony

PEMAIN sayap Brazil, Antony kini selangkah untuk bergelar pemain Manchester United selepas pasukan tersebut telah mencapai persetujuan bersama Ajax untuk menandatangani pemain itu.

Bagaimanapun, perpindahan itu kini bergantung kepada pemeriksaan kesihatan, syarat-syarat peribadi dan pelepasan antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Saya minta perkara ini sejak Februari supaya kelab dapat membina pasukan dengan fikiran yang tenang," kata Antony.

Antony mungkin tidak dapat diturunkan pada aksi di laman Leicester malam esok, tetapi dijangka membuat penampilan sulungnya menentang pendahulu liga, Arsenal pada Ahad.

Iklan

Antony meledak 31 gol dan 26 umpanan gol dalam 134 penampilan untuk Ajax dan Sao Paulo.

Pemain Brazil dengan sembilan kap antarabangsa itu juga mempunyai dua kejuaraan Eredivisie dan satu pingat emas Olimpik dalam koleksinya.

Iklan

Antony adalah pemain kelima ditandatangani Ten Hag selepas Tyrell Malacia, Christian Eriksen, Lisandro Martinez dan Casemiro.