Klopp simpati nasib malang timpa Parker

Iklan
Klopp (kiri) simpati dengan nasib Parker yang dipecat Bournemouth. - Foto Agensi

JURGEN Klopp menyifatkan pemecatan pengendali Bournemouth, Scott Parker disebabkan oleh pemilik yang gelabah.

Pengurus Liverpool itu juga melihat kelab di bawah Fenway Sports Group tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan perbelanjaan.

Iklan
Iklan

Bournemouth memecat Parker semalam selepas empat perlawanan musim ini dan tiga hari sejak dimalukan 9-0 oleh Liverpool.

Parker sebelum ini mengulas perbelanjaan kelab yang terhad dikatakan menjadi faktor dia dipecat.

Iklan

Klopp menyelar pemecatan pertama pengendali dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil berkata tindakan terburu-buru itu tidak membantu kelab tersebut.

"Terdapat sistem berbeza bagaimana kelab EPL diterajui. Beberapa kelab mempunyai struktur, seperti kami dan mungkin Arsenal. Kemudian ada kelab seperti Bournemouth.

Iklan

"Tiga kelab yang naik. Nottingham Forest berbelanja, Fulham juga berbelanja dan saya tidak ingat Bournemouth melakukannya. Ia sukar apabila anda masuk ke Liga Perdana Inggeris.

"Saya simpati dengan Scott (Parker). Ia bukan kerana pasukannya tidak bagus, tidak sama sekali. Ia cuma, jika empat perlawanan pertama membabitkan (Manchester) City, Arsenal dan Liverpool, ia ibarat perangkap buat pengendali baharu jika pemiliknya jenis yang cepat panik.

Scott adalah pengendali yang bagus dan kemudian anda berdepan empat perlawanan seperti ini, kemudian pemilik berkata;

"Jumpa lagi di lain kali?' Itu sangat kasar," ujar Klopp.