Platform e-dagang perlu tingkat langkah keselamatan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Landskap siber Malaysia berkembang dengan pesat, pertumbuhan yang tinggi dicatatkan dalam segmen e-dagang tahun ke tahun, bagaimanapun, sektor ini turut memberi ancaman yang besar kepada pengguna berikutan maklumat peribadi dan kewangan mudah terdedah kepada kecurian dan kebocoran data.

EfficientIP, penyedia global untuk penyelesaian pengurusan rangkaian, mendedahkan syarikat yang terlibat dalam aktiviti e-dagang perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan mempertimbangkan kepada melindungi Domain Name Server (DNS) daripada serangan.

Iklan
Iklan

DNS adalah barisan hadapan kepada keselamatan, memproses sejumlah besar trafik – Oleh itu, terdedah kepada potensi ancaman di peringkat dalaman dan luaran.

Pengurus Serantau EffcientIP Asia Pasifik (APAC), Nick Itta berkata, berdasarkan perubahan yang pesat dalam landskap siber, syarikat menjadi amat berisiko kepada pencerobohan data, dan yang sering terdedah kepada serangan adalah DNS.

Iklan

"Ini perlu diberi perhatian oleh syarikat yang meneroka e-dagang berikutan mereka menyimpan maklumat pelanggan yang sensitif,” katanya kepada Bernama.

Menurut Laporan Ancaman DNS 2018 EfficientIP, hampir satu pertiga daripada syarikat di Asia Pasifik mengalami kecurian data.

Iklan

Susulan Malaysia ke arah inisiatif pembayaran dalam talian, e-dompet dan instrumen kewangan lain, katanya masih dapat dilihat aspek keselamatan DNS sebagai bidang yang memerlukan perlindungan.

"Dalam pada itu, kekerapan dan impak daripada serangan DNS meningkat di Asia Pasifik,” katanya.

Mengulas mengenai prospek syarikat di rantau Asean, beliau berkata Asean merupakan pasaran keutamaan berdasarkan permintaan yang luar biasa dan keperluan kepada penyelesaian EfficientIP.

"Kami akan terus bekerjasama dengan agensi tempatan dan berhubung dengan pelanggan kami di Malaysia dan di rantau ini untuk memastikan kami menyediakan penyelesaian yang melindungi sistem mereka dengan berkesan dan memajukan pertumbuhan ekonomi digital dengan lebih luas di seluruh Asia Pasifik,” katanya.

Beliau berkata, perniagaan EfficientIP berkembang dengan pesat di rantau ini, mencatatkan purata pertumbuhan sebanyak 20 peratus setahun.

"Kami hanya berada di rantau APAC selama tiga tahun, tetapi kami telah mengukuhkan kedudukan kami dengan cepat sebagai keutamaan yang penting kepada syarikat. Sehubungan itu, kami akan terus melabur untuk mengembangkan perniagaan kami dan membina kerjasama yang bermakna di rantau ini,” katanya.

Oleh itu, syarikat melihat lebih daripada hanya permintaan untuk keselamatan DNS yang lebih baik di Malaysia dan di Asia Tenggara.

"Kami melihat keperluan yang jelas. Itu sebabnya kami memperluaskan kedudukan kami di rantau ini dan bekerjasama dengan pakar pasaran di seluruh dunia.

"Bersama dengan penyelesaian keselamatan DNS terkini kami dengan pemahaman mereka mengenai landskap digital dalam pasaran masing-masing, kami dapat memberikan perkhidmatan dan melindungi sistem pelanggan kami dengan lebih berkesan,” katanya.

EfficientIP telah mengambil langkah-langkah perlu untuk bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan yang bersedia untuk membawa syarikat ke pasaran rantau ini. - Bernama