15 bayi merdeka lahir di HTJS

Iklan
Zaleha (kiri) bersama ibu dan 'bayi merdeka' yang lahir di HTJS.

SEREMBAN - Seramai 15 'bayi merdeka' dilahirkan termasuk bayi lelaki kembar pada Hari Kebangsaan ke-65 setakat jam 2 petang di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada Rabu.

Pengarah HTJS, Dr Zaleha Md Noor berkata, bayi pertama dilahirkan pada jam 12.22 pagi dan daripada jumlah tersebut, enam bayi adalah perempuan manakala selebihnya lelaki.

Iklan
Iklan

"Hari ini adalah hari istimewa dalam kita menyambut Hari Kebangsaan, HTJS juga dimeriahkan dengan kehadiran bayi merdeka

Sementara itu, Ibu kepada salah seorang bayi Khausar Kahairudin, 29, berkata, tidak menjangkakan anak perempuannya dilahirkan pada tarikh keramat ini berikutan bayinya dijangka lahir pada 29 September depan.

Khausar (kanan) bersama suami dan anaknya.

Iklan

"Alhamdulillah anak saya selamat dilahirkan pada sambutan Hari Kebangsaan, sesungguhnya tarikh lahir ini sangat bermakna bagi rakyat Malaysia.

"Lebih menggembirakan lagi apabila hari kelahirannya sama tarikh dengan adik lelaki saya yang kini berusia 19 tahun," katanya yang merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Iklan

Sementara itu, bagi Tengku Fatin Nur Sazwana Tengku Razali, 26, berkata, anaknya antara bayi bertuah lahir pada Hari Kebangsaan.

"Siapa yang tak terkejutkan? Ia merupakan kenangan yang amat bermakna buat saya sekeluarga," katanya.