UMNO Kelantan sasar 35 kerusi DUN pada PRU15

Iklan
Ahmad Jazlan (kiri) menyerahkan bendera BN semasa merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PRU15 Veteran UMNO Negeri Kelantan dan Perasmian Gerak Kerja Keluargaku Pengundi BN di Pasir Mas pada Rabu.

PASIR MAS - UMNO Kelantan menyasarkan untuk 'menawan' 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada jumlah keseluruhan 45 yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk merahsiakan kerusi-kerusi tumpuan tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tidak salah untuk UMNO Kelantan memasang impian itu kerana ia mampu menjadi pembakar semangat bagi meraih kemenangan dalam pertempuran itu nanti.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, jika tidak mencapai sasaran itu sekurang-kurangnya UMNO mampu membentuk kerajaan di negeri ini dengan majoriti mudah.

Iklan

"Senarai calon sudah ada, namun perkara itu masih belum dimuktamadkan. UMNO Kelantan ada buat kajian yang akan dikemukakan.

"Kita tidak mahu calon-calon yang dikemukakan nanti tidak layak. UMNO Kelantan mahu semua calon itu layak, cuma pilih yang terbaik antara terbaik," katanya.

Iklan

Ahmad Jazlan berkata, senarai calon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan dikemukakan kepada Presiden pada September ini.

"Wanita turut akan diberikan tempat untuk bertanding pada PRU15 nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan berkata, sebanyak sembilan kerusi Parlimen menjadi sasaran UMNO pada PRU15 nanti.

Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana parti itu pernah menang dengan jumlah tersebut sebelum ini.

Pada PRU14 lalu, UMNO Kelantan memenangi lima kerusi Parlimen bagaimanapun dua kerusi tersebut telah beralih kepada Bersatu selepas dua ahlinya melompat keluar dari parti berkenaan.

Bagi kerusi DUN pula UMNO memenangi lapan kerusi bagaimanapun satu kerusi tersebut telah berpindah kepada Bersatu selepas ahlinya melompat keluar dari parti berkenaan.