Suami isteri teruja timang anak merdeka

Iklan
Wan Izzat Fahmi dan Dahliah (tengah) teruja menimang cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan pada Hari Kebangsaan ke-65 di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri teruja menimang cahaya mata kedua yang dilahirkan bersempena tarikh bersejarah negara pada 31 Ogos di Hospital Pakar Perdana di sini pada Rabu.

Wan Izzat Fahmi Wan Jaafar dan isteri Dahliah Yunus menimang cahaya mata itu pada jam 5.04 pagi.

Iklan
Iklan

Kelahiran bayi perempuan seberat 2.09 kilogram (kg) itu disambut oleh pegawai perubatan, Dr Zanariah Jaafar.

Dahliah tidak menyangka anak keduanya itu akan dilahirkan pada tarikh keramat tersebut.

Iklan

"Mengikut jangkaan doktor, bayi akan lahir pada 6 September nanti.

"Alhamdulillah, gembira sangat apabila kami diberikan rezeki bayi merdeka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Hospital Pakar Perdana dalam satu kenyataan menzahirkan rasa gembira dan berbangga dengan kelahiran itu.

"Semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini menjadi penyambung kasih sayang, sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya," katanya.