Jalur Gemilang Terpanjang

Iklan

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (lima, kiri) bersama pemimpin dan ahli UMNO bahagian berkenaan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang kira-kira 3,600 meter di sepanjang jalan persisir pantai di kawasan Kota Laksamana hingga Klebang di sini hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaaan 2022.

Jalur Gemilang tersebut dihasilkan menggunakan 2,000 helai bendera Malaysia yang disumbangkan penduduk tempatan di kawasan Tangga Batu dan ia mengambil masa enam hari untuk disiapkan.

Iklan
Iklan

Program berkenaan kira-kira 240 pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Tangga Batu bagi melahirkan rasa cinta dan penghormatan pada tanah air sempena Hari Kebangsaaan 2022 selain menyemarakkan sambutan berkenaan setelah dua tahun tertangguh akibat Covid-19.