Hafizal lapor polis terima mesej ugutan

Iklan
Polis mengesahkan laporan yang dibuat Hafizal di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada Rabu selepas menerima mesej berbaur ugutan.

SHAH ALAM - Pengulas program sukan, Hafizal Hamad membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, di sini pada Rabu selepas menerima mesej berbaur ugutan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mesej berbaur ugutan itu diterima melalui laman Instagram 'antimediababi' pada 27 Ogos.

Iklan
Iklan

"Pengulas sukas Astro Arena itu kemudian membuat laporan hari ini (Rabu) kira-kira jam 1 pagi kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara, Lee Zhi Jia semasa mengulas dalam rancangan Nindia Pak Long.

Iklan

Katanya, pengadu mengesyaki perkara itu mungkin telah mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu.

"Siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

"Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Hadi di talian 016-2745515," katanya.