ʼKenyataan Azalina timbulkan kejanggalanʼ

Iklan
Gambar dari kiri: Azalina, Fahmi

SHAH ALAM - Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung soal lantikan Peguam Negara oleh Perdana Menteri menimbulkan polemik yang tidak sihat kerana ia dibuat dalam satu forum berkaitan usaha UMNO mahu menyelamatkan nyawa politik beberapa pemimpinnya.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, kenyataan dibuat Azalina itu juga menimbulkan ketidakserasian, percanggahan dan kejanggalan yang dinyatakan dengan kedudukannya sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

"Saya anggap kenyataan itu mungkin kurang cocok dengan 95 peratus kerja-kerja yang dilakukan oleh Datuk Seri Azalina.

Pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini, Azalina dilaporkan berkata, Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ bagi memudahkan segala urusan.

Iklan

Tambah Fahmi, sekiranya berlaku apa-apa perubahan terhadap jawatan Peguam Negara terutamanya pada ketika kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam masih berjalan ketika ini, ia akan membawa satu petanda ada percubaan untuk mengganggu proses institusi kehakiman.

"Itu bukan satu petanda yang baik. Sekarang bukan masanya,” ujar beliau.

Iklan

Sementara itu, Fahmi memaklumkan Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan perbincangan 52 kerusi yang ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum penghujung September ini.

Katanya, gabungan itu telah memulakan perbincangan 52 kerusi berkenaan tetapi ia masih lagi belum muktamad.

"Jangkaan saya mungkin sebelum penghujung bulan September akan selesai mengikut negeri.

"(Selain itu) bagi PH, kita juga mesti bincang (kerusi) Sabah dan Sarawak. Sekiranya kita selesai (perbincangan) hujung bulan September, mungkin ada pengumuman pada waktu itu,” katanya.

Pada PRU14 lalu, Bersatu ketika di bawah PH bertanding sebanyak 52 kerusi, selain PKR (51), DAP (35) dan Amanah (27).

Pada 23 Februari 2020, Bersatu mengumumkan bahawa parti itu keluar daripada PH.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15, Fahmi menegaskan sukar baginya untuk bekerjasama dengan pihak yang pernah mengkhianati mereka sebelum ini.