PENGENDALI Manchester United, Erik Ten Hag mengesahkan tonggak serangannya, Cristiano Ronaldo gembira untuk kekal bersama kelab tersebut.
Ronaldo sebelum ini dilaporkan mendesak pihak pengurusan kelab untuk menjualnya selepas menyatakan keinginannya untuk bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
"Kami berada di landasan yang sama, Jika tidak sudah tentu dia (Ronaldo) tidak akan di sini bersama kelab.
"Daripada permulaan, kami sudah mempunyai perancangan buat Ronaldo dan kami gembira dia kekal bersama kami.
"Kami mempunyai misi yang sama di mana kami mahu menamatkan musim ini dengan cemerlang bersama United,” katanya.
Dalam pada itu, Ten Hag turut yakin Ronaldo mampu beraksi dengan taktikal yang bakal digunakannya meskipun tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini.
"Cara dia bermain dan meletakkan sasaran, anda tahu bahawa dia (Ronaldo) masih mempunyai bisanya yang tersendiri.
"Saya merasakan dia tidak akan mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan kerana dia seorang pemain yang hebat,” ujarnya.