ARSENAL mengekalkan permulaan sempurna Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan kelima berturut-turut musim ini.
The Gunners kendalian Mikel Arteta meraih kemenangan kelima apabila menewaskan Aston Villa 2-1 di The Emirates.
Dua gol gandingan penyerang Brazil, Gabriel Jesus dan Gabriel Martinelli, sudah cukup mengekalkan kelab London itu di puncak liga.
Jesus membuka jaringan pada minit ke-31 sebelum Martinelli melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-77, tiga minit selepas Villa menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian Douglas Luiz.
"Kami benar-benar gembira kerana memenangi perlawanan bola sepak dengan cara yang sepatutnya.
"Bagaimanapun kami perlu meneruskan peningkatan setiap perlawanan dan anda boleh melihatnya pada separuh masa kedua.
"Namun sejujurnya cara kami bermain pada separuh masa pertama benar-benar menggembirakan saya sebagai jurulatih,” kata Arteta.
KEPUTUSAN LAIN
Arsenal 2 - 1 Aston Villa
Manchester City 6 - 0 Nottingham Forest
Liverpool 2 - 1 Newcastle United
West Ham United 1 - 1 Tottenham Hotspur
Bournemouth 0 - 0 Wolves