Carvalho wira Liverpool

Iklan
Carvalho meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menewaskan Newcastle di Anfield

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memuji aksi yang ditampilkan pasukannya apabila meraih kemenangan di saat akhir ketika menewaskan Newcastle United 2-1 di Anfield.

Pada aksi tersebut, The Magpies terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada babak pertama menerusi penyerang baharunya, Alexander Isak.

Iklan
Iklan

Liverpool bagaimanapun bangkit pada babak kedua menerusi penyerangnya, Roberto Firmino yang kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-61 sebelum jaringan kemenangan Carvalho pada minit ke-98.

"Saya beritahu kepada para pemain ketika rehat, walaupun sebelum ketinggalan 1-0, kita perlu melakukan banyak hantaran kerana kami tidak banyak melakukannya.

Iklan

"Rancangan itu nyata berjaya kerana kaami kelihatan lebih berbahaya berbanding pada separuh masa pertama.

"Kami juga terpaksa mengekalkan ketenangan dan terus berusaha, dan pada akhirnya ia memberikan kami kemenangan ini,” kata Klopp.

Iklan

Dalam masa yang sama, Klopp turut memuji pemain sayapnya, Carvalho, yang menampilkan aksi cemerlang sejak menyertai mereka dari Fulham pada Mei.

"Dia amat penting buat kami, dan dia memerlukan saat berharga seperti ini. Gol berkenaan amat membantunya,” ujarnya.