DAMSYIK - [DIKEMAS KINI] Israel pada malam Rabu melancarkan serangan peluru berpandu di Syria, mengakibatkan kerosakan di lapangan terbang antarabangsa di bandar Aleppo dan kem tentera berhampiran ibu negara Damsyik, kata tentera Syria dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Menurut laporan berita tempatan yang memetik tentera, peluru berpandu Israel yang mengenai lapangan terbang Aleppo datang dari arah seberang Mediterranean.
Hampir sejam kemudian, peluru berpandu yang dilancarkan dari Tasik Tiberias di utara Israel mengenai kem tentera berhampiran Damsyik.